Alkisah bermula suatu hari pada bulan may 2014 kalau tidak silap aku telah pergi ke pejabat pos untuk mengeluarkan duit simpanan asb semata-mata nak join bossventure dengan modal rm5775. Namun pada ketika itu suamiku telah menasihatkanku supaya tidak percaya bisnes tersebut walaupun maklumat berkenaan disampaikan oleh kakaknya sendiri. Aku yang sudah gelap mata dan sudah tergoda dengan janji manis yang BV lemparkan terus bank in duit tersebut. Pada 2 minggu pertama aku mendapat bonus lebih kurang 2k Itupun setelah aku mencari ramai downline.
Hari raya aidilfitri semakin hampir aku sangat berharap dapat keluarkan duit dalam ewallet akaun bv itu namun harapanku berkecai bagai cermin retak seribu dan jatuh ke bumi. Aku mulai curiga dengan plan yang dirancang. Selepas satu plan ke satu plan, terdetik dihatiku bahawa aku telah ditipu. Namun bv cuba lagi dengan strateginya dengan kenyataan sesiapa yang mahu menjana pendapatan haruslah topup akaun masing-masing. Aku masih berharap dengan mengikut plan tersebut. Pergerakan ewallet berfungsi dan aku dapat mengeluarkan duit. Tidak sempat aku dapat balik modalku bv sekali lagi membuat onar dan hatiku sekali lagi remuk bagai ditumbuk-tumbuk batu besar.
Kini hampir setahun lebih telah berlalu khabarnya beberapa bulan lepas bv membawa agenda lain dengan menyatakan point yang ada dalam akaun akan ditukar menjadi saham dengan melaksanakan apa yang bv arahkan. Dalam benakku mulai terfikir ada point itu akan dijadikan alasan untuk melepaskan diri lagi. Seperti yang selalu terjadi saham selalunya ada rugi dan untung. Entahlah kenapa bv ini masih lagi tidak ditarik lesennya jika betul ada lesen dan bisnes ini amat menyusahkan orang ramai. Ianya tidak releven dan menindas golongan sederhana dan miskin. Kenapa malaysia hari ini semakin kejam sehinggakan yang haram diteruskan dengan menutup sebelah mata. Tidak adil dan memang tidak adil itulah hakikatnya. terdapat agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras Kegiatan ini Seperti SKMM, KPDNKK dan juga polis. Sebagai bukti aduanku terhadap skmm akan aku tunjukkan.
Sekarang ini semua orang pun berharap modal mereka dapat dipulangkan namun aku telah menelefon sendiri orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan akaun bv tersebut menyatakan bahawa sesiapa yang sudah lengkap perjanjiannya akan disenaraikan dalam pasaran saham DBKL. so kena tunggu bulan 11. Nampak macam acuh tidak acuh je suara perempuan itu memberitahu aku yang dikenali sebagai miss maggie. Aku juga bertanyakan berkenaan bv masih beroperasi lagi atau tidak jawapannya masih. Dan aku bertanya tidak bolehkah bv bagi balik modal kami semua jawapannya TIDAK. Aku bertanya lagi Laporan polis yang dibuat tiada tidakan ke kepada bv jawapannya TIDAK.
Sebarang keluhan dan rintihan orang bawahan tiada makna bagi bv. Sekarang apapun yang ditanya akan diberi jawapan yang belum tentu ditepati. Menunggu dan terus menunggu. Aku yang rasa sangat bersalah dahulu telah menggantikan balik sesetengah downlineku. Bukan isu ingin nampakkan diri ini kaya raya namun aku ada hati perut dan belas kasihan. Salah aku kerana aku downlineku mengeluarkan duit simpanannya. Aku ikat perut untuk membayarnya dengan titik peluhku bekerja makan gaji dan menjual stok pakaian yang ada dirumah tiada siapa tahu keperitan itu hanya diri sendiri. Bagi aku yang hidup sederhana ini memang terasa kepayahan itu membuatkan aku mula renggang dengan kakak iparku yang dulu rapat dan agak baik hubungan kami namun setelah apa yang berlaku setelah apa yang keluar dari mulutnya aku dapat simpulkan disini " suka bersama duka bersendirian" walaupun dia selalu mengatakan bahawa dia sendiri ada masalah downline sekurang-kurangnya dia bergaji tinggi. Aku ini insan yang bergolak dengan keringat sendiri untuk memperjuangkan hak downlineku. Apakan daya aku hanya manusia biasa yang bisa diputar belit oleh lidah-lidah yang petah berkata dan pakar memanupulasi keadaan. Ye betul kata suamiku redha lah dengan apa yang berlaku. Ikhlaskan lah apa yang telah aku lakukan dan maafkan lah orang yang menganiayaiku. Dikala hatiku remuk begitu terlintas difikiran alangkan bagus jika aku dari dulu lagi masuk ahli shaklee dan menjadi pengedar shaklee yang sebetulnya adil dengan bonus yang kita dapat berasaskan berapa banyak produk yang telah kita jual. Ruginya terasa kena aku labur dan leburkan duit yang beribu itu kepada benda yang tidak berfaedah. Aku berharap dengan ceritaku ini si pembaca dapat manfaat dan ikhtibar kepada diri sendiri. Sekian.



